KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (PEMERIKSA STPM)


Kerjasama tuan/puan dalam menjawab semua soalan yang dikemukakan adalah amat penting dalam menjayakan soal selidik ini. Maklum balas yang tuan/puan berikan akan dirahsiakan. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sila pilih maklumat yang berkenaan.

1. Jantina


2. Ras


3. Umur


4. Pengalaman memeriksa kertas STPM


5. Kod Mata Pelajaran/Kertas yang diperiksa /


6. Profesion Guru Pensyarah

                  Lain-lain, nyatakan

SOAL SELIDIK

Sila pilih jawapan tuan/puan bagi setiap soalan yang dikemukakan di bawah berkaitan dengan kertas soalan yang tuan/puan periksa.

BIL. SOALAN Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju
SUKATAN PELAJARAN PEPERIKSAAN
1 Kandungan sukatan pelajaran peperiksaan adalah sesuai dengan tahap tingkatan enam.
2 Tajuk sukatan pelajaran peperiksaan adalah luas bagi tahap Tingkatan Enam.
3 Kandungan sukatan pelajaran peperiksaan adalah mendalam bagi tahap Tingkatan Enam.
KERTAS SOALAN
4 Kertas soalan mematuhi format yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran peperiksaan.
5 Taburan soalan adalah sesuai dengan pembahagian kandungan mengikut tajuk dalam sukatan pelajaran.
6 Soalan yang diberi berada dalam sukatan pelajaran peperiksaan.
7 Soalan sesuai dengan kedalaman kandungan sukatan pelajaran peperiksaan.
8 Soalan menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT).
9 Bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami.
10 Istilah yang digunakan dalam soalan adalah betul dan tepat.
11 Aras kesukaran soalan secara keseluruhannya sesuai dengan tahap STPM.
12 Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan standard kertas soalan STPM (dari segi format peperiksaan, pematuhan kepada sukatan pelajaran, tahap pengetahuan dan kemahiran yang diuji, serta kejelasan soalan).
PENTADBIRAN PEPERIKSAAN
13 Sistem Pentaksiran STPM kini lebih sesuai kerana pengurangan beban kepada calon dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
14 Kerja Kursus memberi manfaat kepada calon sebagai pendedahan dan persediaan untuk pembelajaran.
15 Tempoh mesyuarat penyelarasan mencukupi.
16 Tempoh pemeriksaan skrip jawapan adalah sesuai.
17 Secara keseluruhannya, komunikasi dengan urus setia MPM adalah baik.

Cadangan/komen: